Monday 10 June 2013

TANAKHA POWDER










Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Satu ketika dulu kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit.

Dinegara seperti  Filipina, Bangladesh dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka. Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensitif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya tanpa was-was. Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.

Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan. Tetapi ianya nampak seperti kita memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata seperti kita memakai bedak. Ia Baik utk orang yang berjerawat dgn sapuan tebal di muka pada waktu malam seperti memakai MASKER.Ianya dapat mengecutkan jerawat dengan cepat.Tanaka memberi kesan sejuk kepada kulit muka setelah kita memakainya


Berfungsi untuk ;

1) Melembutkan dan mencerahkan kulit muka. . 
2) Melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik.
3) Menyejukan kulit 
4) Menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh. 
5) Merawat Jerawat 
6) Menghaluskan kulit 
7) Mencerahkan kulit Memudarkan parut jerawat 
9) Sesuai untuk kulit sensitif, normal, kombinasi


CARA GUNA : 
 - Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka.

*Tips: Renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan licin dan nipis


-Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan jari atau ambil sedikit bedak tanaka, letakkan ke dalam piring. Campurkan ia dengan sedikit air (usah terlalu pekat/cair), kemudian sapu kan ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub/cuci. Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci keesokannya.

Penggunaan bedak sejuk makin dilupai dengan kehadiran pelbagai jenis krim rawatan..
namun kini ia kembali diminati..
kaedah menghapuskan jerawat, bintik2 hitam/putih secara ramuan tradisi, asli dan semulajadi..
tiada cela, kulit gebu mulus seakan bayi..:)


JOM Order harga yang mampu milik , tak perlu membazir harga mahal tp dihasilkan dari baha
 yang sama. HARGA RM30  TERMASUK POSTAGE

No comments:

Post a Comment